ABH Cosmetics kena tahan kastam

Baru-baru ni Anastasia Beverly Hills (ABH) ada buat SALE πŸ”₯

anastasia 10 pieces nude lipstick light neutral
Anastasia Beverly Hills Liquid Lipstick 10-piece collection – Light Neutrals

TADAA!

$60 dollar sahaja untuk 10 pcs full size lipstick.
Semua NUDE lipstick.

biasanya sebatang lipstick dari brand ABH pon dekat $20 dollar ya puan-puan.

anastasia liquid lipstick malaysia
Convert ke RM dalam RM80+ Sebatang 😱

Ni offer tak boleh blah 10 pcs lipstick yg berharga $200 dollar dijual pada harga $60 dollar. Memang berbaloi-baloi, aku pon ape lagi meroyan nak beli

Sebelum ni ABH ada launch set ni time Black Friday Sale tahun lepas, tapi tak smpai sejam dah sold out gitu. Sekejap gila aku rasa mcm baru bape minit je launching. Ramai tak puas hati sebab tak dapat beli & akhirnya ABH pun restock buat kali kedua. Tekun aku tunggu sampai pukul 2-3 pagi untuk order.
Yeayy !! last2 dapat la grab 2 set. 😍😍

abh liquid lipstick set malaysia
ko tengok swatches dia 🀀

Aku order 2 set ni secara berasingan sebab takut kena tax.

ABH caj shipping ke Malaysia $15 dollar, so kalau aku order 2 set dalam 1 order
(total $135 dollar termasuk shipping) KOMPOM kena tax.

Bila order asing2 tu, aku pon confident jela ingat tak kena apa2 caj. πŸ˜‚

Tapi. . . yang slack nya ABH ni dia guna FEDEX.

Nape dgn FEDEX?
Kosaba jap… aku cite..

Lepas ABH dah ship parcel aku guna fedex, dia hantar la email lengkap dengan tracking no. semua. Aku pun hari-hari dok cek tracking no. nak tengok barang dah sampai mana.

abh cosmetic fedex clearance delay import
Status tracking FEDEX

Ok, cun!! status tracking FEDEX menunjukkan hari sabtu dah sampai Malaysia, mesti isnin dia hantar ni.

Tiba hari isnin, keluar status clearance delay import pulaak daahhh..Β  aku pon decide nak tunggu lagi sehari mana tau barang aku dah lepas. Esoknya masih takde apa2 update so aku terus telefon FEDEX untuk tanya status barang.

Ko tau tak apa dia cakap?

“Nasib baik cik telefon sebab barang cik ni kena tahan kastam. Kami tak dapat contact sebab no tel takde. Barang ni dah hampir nak kena return balik pada pengirim. Kami mintak no tel cik dekat pihak pengirim tapi diorang tak bagi kerjasama.”

ABH . . . seriously WTF??

youπŸ‘ hadπŸ‘ oneπŸ‘ jobπŸ‘ . .!!

(cuba bayangkan kalau aku tak call FEDEX & tunggu je lagi 2-3 hari wehh??)

Then orang FEDEX tu mintak aku emailkan detail barang, gambar produk dengan invoice semua lah sebab dia nak tau value barang tu berapa.

Aku tanya, takde kena tax kan?
Dia kata SST takde, tapi kena caj import duty. barang yang ditahan kastam akan kena caj ni.

Ohh… so rupanya kalau guna FEDEX, parcel korang boleh kata 90% kompom kena tahan kastam. tak kisahla barang korang tu bawah RM 500 ke apa. kalau dia nak tahan, dia tahan aje. ikut nasib. Pastu pegawai kastam tu akan tentukan berapa yang korang kena bayar.

Lepas aku dah email semua detail, dia terangkan yang FEDEX dah clearkan payment bagi pihak aku. Nanti bila dia hantar barang, baru aku bayar balik dekat FEDEX. Total per shipment RM49 lebih kurang. So 2 order tu dalam RM98 la import duty. Hmm.. sis redho 😭

anastasia lipstick set
Cantik!! Berbaloi sangat set ni. Sekarang dah sold out kat website ABH

Ok that’s all pengalaman aku guna FEDEX, berbaloi jugak la beli time SALE tu walaupun kena bayar shipping & import duty, masih dikira murah jugak. And lipstick nya cantik2. 😍 Next time kalau ABH ada SALE gila-gila mcm ni je baru aku order. Kalau tak, aku move on usha SALE lain pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *