First time shopping overseas di cultbeauty

Kalini aku nak cite website favourite aku, Cultbeauty.

cultbeauty

Asyik shopping Sephora je kan.. Dah bosan dgn sephora aku pun beralih ke beauty shop yang lain. Untuk korang yang tak pernah dengar, Cultbeauty ni adalah website luar negara based UK yang menjual barangan makeup & skincare. Lebih kurang ala-ala Sephora.

Sebelum jumpa website ni, aku shopping online pun dalam Malaysia je. Tak pernah nak try shopping barang overseas sebab takut kena scam 😂

Website cultbeauty ni la yang buat aku terjebak.

Nak jadi cerita aku terjumpa website ni sebab kat twitter time tu tengah hot pasal skincare brand The Ordinary.

Aku yg tak nak ketinggalan pun search la mana nak beli tu semua. Mula2 aku bukak website The Ordinary, tapi shipping dia wehh.. $38 dollar!! aku nak beli seketol dua je kut. Kalau nak dapat free shipping pulak, minimum pembelian kena $250 dollar. 😱

ordinary
Kos shipping website The Ordinary

Memang tak lah.

aku pun bukak website lain, terjumpa Cultbeauty.

Dan dan tu pulak.. Brand Of The Month dia skincare The Ordinary. Maksudnya apa? maksudnya ada promosi.

What kind of luck? 😀

Rupanya cultbeauty ni setiap bulan dia akan pilih 1 brand untuk jadi Brand Of The Month dia. Yang mana dia akan bagi free shipping untuk brand tu sahaja sepanjang bulan tu. Aku beli 1 pon dapat free shipping tau !!  Suka gila 😍

Selain promosi free shipping untuk Brand Of The Month, cultbeauty juga ada bagi free gift dengan pembelian minimum jumlah tertentu. The Ordinary haritu aku tak ingat berapa entah, minimum £25 kut dapat free gift?

Untuk Bulan Mac 2019 ni, Brand Of The Month dia..

Anastasia Beverly Hills

cultbeauty

Yaaass! brand faveret aku.

Dengan Pembelian minimum £50 dari ABH, korang akan dapat free gift

– 1 abh liquid lipstick
– 1 abh lip gloss
– 1 abh eyebrow gel

3 Free gift kottt..!! Sephora and their micro size gift can’t relate 😌

Kalau rasa minimum order untuk dapat free gift tu mahal, boleh share order dgn kawan2. Jimat duit + dapat free gift lagi. Berbelanjalah secara bijak!

cultbeauty free gift
Selain Anastasia, brand lain pun ada free gift dengan minimum purchase

Cultbeauty ada buat promosi £10 off untuk pembelian pertama. Dengan syarat minimum pembelian korang kena £50 dan keatas untuk layak menggunakan diskaun tersebut.

.

Tips Jimat £10 (RM55) sambil dapat Free gift

Register account cultbeauty ⬅ (guna link ini untuk mendapatkan £10 diskaun)

kalau nak 3 Free gift dari ABH tu, korang masukkan produk ABH kedalam bakul sehingga total mencecah £50.

Nanti free gift akan automatic dimasukkan sekali kedalam bakul.

abh free gift

Dekat bahagian Add A Promotional Code tu, letakkan code yang korang dapat.

(Kena cek email, cultbeauty akan hantar email mengandungi code discount selepas korang register account menggunakan link ini ➡ Cultbeauty New Customer )

Lepas dah letak code tu, isikan detail alamat, buat payment & lastly tunggu barang korang sampai.

Diskaun dapat, Free gift pun dapat !

Cultbeauty menggunakan shipping courier LWE Worldwide, biasanya lepas shipped dalam 1-2 minggu tu sampai dah. Untuk korang yang berminat nak shopping makeup & skincare dari overseas bolehla try. cultbeauty ni banyak buat promosi, sale, free gift. kadang2 dekat Sephora tak semua benda yg korang carik tu ada. Cuma 1 yang slack nya cultbeauty ni takde sistem point macam Sephora yg boleh redeem barang & gift card. aku harap diorang buatla nanti for sure makin ramai shopping sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *