Promosi goody bag 27 Free Gift dari Space NK

Masa dia baru announce offer ni..

aku murung sekejap.

sis murung

Happy…
sebab nanti dapat try banyak high end produk.

Sedih…
sebab bakal mereput makan biskut sampai hujung bulan.

😩 Sis tak kuat bila ada sale macam ni 😩

Secara jujurnya, aku jenis suka shopping skincare & makeup je. Setiap kali sale mesti nak beli. Kalau sale baju, tudung ke aku tak heran sangat.

Sampai adik aku cakap,

“Oi ngah, muka ko fancy penuh makeup mcm nak gi gala dinner, tapi asal baju tu mcm pengemis??”

Dia panggil aku PENGEMIS 😂

Level Cheapskate aku tak nak spend duit untuk baju sampai sanggup kena hina dgn adik sendiri.

Alaa.. tapi ada je kan yg macam tu. Ada orang dia suka travel, dia saving & spend duit untuk tu je. Ada yg suka beli kasut, handbag, sampai penuh koleksi 1 almari. Minat masing-masing. Yang penting ko tak menyusahkan sape-sape. Ok je. *done justifying myself*

.

space nk outlet
Space NK Physical Store

Aku kenalkan korang dulu dekat kedainya. Space NK ni adalah beauty shop yang turut menjual produk kecantikan seperti makeup & skincare. Berbeza dengan Cultbeauty yg hanya menjual secara online. Space NK ada lebih 60 outlet di UK dan 29 outlet di US disamping penjualan secara online.

Space NK lebih upgrade dari cultbeauty dan hampir sama dengan Sephora sebab dia ada menawarkan sistem reward Point. 🎉 Selain tu, bila birthday pun korang boleh redeem free gift. Best kan?

Tapi yg tak berapa bestnya Space NK ni dia banyak jual high end product je. Brand budget macam The ordinary tu takde. Yang ada Caudalie, Cover FX, sikit-sikit je la yg brand budget.

.

space nk free gift
Space NK The Spring Edition Gift Goody Bag

Aku suka gila bila ada offer goody bag @ gift with purchase ni berbanding Sale diskaun yang beshe2.

Korang tau sebab apa?

Sebab kadang nilai gift yang kita dapat tu tinggi & berbaloi. Contohnya korang spend RM200 dapat gift berharga rm80-90. Pada pendapat aku, lagi untung bayar harga penuh & dapat free gift mahal berbanding Sale diskaun 20% off dapat jimat dalam RM40 je.

It works la atleast for me yg sukakan free gift.

space nk spring goody bag

Untuk dapatkan Space NK goody bag 27 pcs free gift ni, total pembelian korang kena £175 dan keatas.

Lebih kurang RM950 gitu.

RM950 wehh? yeaa i know. issa lot for me too. 💸💸 TAPI kan…. Free gift dia berbaloi sangat!! Semua produk high end. Goody bag ni sahaja bernilai RM2,160 tau. Time ni laa korang nak merasa fefeeling mewah pakai produk-produk mahal. Bila lagi nak belanja diri sendiri 💅

goody bag space nk 2019

Mehh aku listkan senarai free gift dia.

  1. Algenist Alive Prebiotic Mask (10 ml) | Full size $38
  2. Argentum La Potion Infinie Restorative Day & Night Cream (14 ml) | Full size £158
  3. Byredo Hair Perfume Mojave Ghost (30 ml) | Full size £48
  4. Christophe Robin Cleansing Purifying Scrub with Sea Salt (75 ml) | Full size $53
  5. Bioeffect EGF Serum (5 ml) | Full size $160
  6. Chantecaille Anti-Pollution Mattifying Cream (8 ml) | Full size $98
  7. oldfaden MD Bright Eyes (5 ml) | Full size $55
  8. Herbivore Botanicals Jasmine Green Tea Balancing Toner (60 ml) | Full size $39
  9. Cover FX Water Cloud Primer (5 ml) | Full size $38
  10. Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream (5 ml) | Full size £57
  11. Dr Dennis Gross Alpha Beta Ultra Gentle Daily Peel (3 sachets) | Full size £87
  12. Diptyque Amber Scented Candle (35 g) | Full size £27 – £47
  13. Eyeko Skinny Liquid Eyeliner (1.2 g) | Full size $22
  14. Briogeo Don’t Despair, Repair Deep Conditioning Mask (29 ml) | Full size $36
  15. Eve Lom Cleanser (20 ml) & half Eve Lom Muslin Cloth | Full size $50
  16. Kate Somerville Exfolikate Intensive Exfoliating Treatment (7 ml) | Full size £72
  17. Laura Mercier Velour Lovers Lip Color Embrace (2.75 g) | Full size $28
  18. Lipstick Queen Altered Universe Time Warp (1.2 g) | Full size $22
  19. Natura Bisse Diamond Cocoon Ultimate Shield (5 ml) | Full size $105
  20. Oskia Renaissance Cleansing Gel (35 ml) | Full size £33
  21. Oribe Super Shine Moisturizing Cream (15 ml) | Full size $19.50
  22. Omorovicza Daily Vitamin C (5 ml) | Full size $150
  23. RODIAL Glamolash Mascara XXL (6 ml) | Full size $28
  24. Verso Hydration Serum with Niacinamide (10 ml) | Full size $95
  25. Sunday Riley Good Genes All-in-One Lactic Acid Treatment (5 ml) | Full size $105
  26. Veneffect Anti-Aging Lip Treatment (3 ml) | Full size $85
  27. Bags of Ethics Space NK Branded Makeup Mat

.

Haa banyak kan? Mungkin ada brand yg korang tak kenal atau tak familiar. Tapi kat luar negara ni semua brand famous tau. Banyak artis hollywood pakai. Rugi wehh kalau tak grab. Nak tunggu sephora bawak masuk lambat lagi laa.. harga pun nanti ofcoz akan lebih mahal. Goody bag ni korang free2 je dapat dgn pembelian produk.

Untuk buat pembelian, kena register sebagai member dulu.

Step Pertama, Tekan link ni untuk dapat £10 off diskaun ➡ Space NK £10 Off

Nanti dia keluar macam gambar kat bawah ni, just isikan nama & email address korang untuk dapatkan code discount.

code
Selepas code discount muncul, jangan lupa copy & save!

Step kedua, lepas dah dapat discount code, boleh la register account jika korang nak buat pembelian.

acc
Email address tu isi masing2 punya. 😁

Lepas dah isi semua detail, klik ✔ pada bahagian ‘Yes, I’d like to join N.dulge’. tengok balik dekat bahagian poskod dan letakkan angka 0 kat depan nombor poskod korang. Contohnya, poskod 40200, letak jadi 040200. sebab kalau tak tukar, dia tak boleh proceed daftar ahli.

account
Letakkan angka 0 dibahagian depan poskod anda

Lepas selesai pendaftaran, dah boleh start shopping dah. Space NK goody bag tu Limited Edition & stok terhad tau. Bila-bila masa je akan habis. Aku pun dah rembat satu. Kalau nak, korang cepat2 la dapatkan selagi stok masih ada.

Selamat bershopping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *