Produk colourpop yg aku suka & akan beli lagi

Colourpop..

is like your old flame that you wouldn’t let go. And i am the clingy ex-girlfriend. 
Ala.. sendiri tulis, sendiri geli. 😆

But that summarize me & colourpop. Macam ko nak move on tapi tak boleh. you keep coming back to this brand because it’s so cheap, so gooood & so worth it!

Aku nak bagi kredit pada produk pertama yang kenalkan aku pada makeup iaitu,

Colourpop Ultra Matte Lip

colourpop ultra matte lip

Dulu aku noob gila pasal makeup. Pernah la try pakai lipstick tapi aku tak suka sebab tekstur dia yang melekit-lekit. Pastu rasa tak selesa pulak tu macam pakai mask kat bibir. And the young (?) & noob 20 years old me stereotype

“ahh semua lipstick sama je mesti melekit, aku tak suka”

Turn out aku cuma belum pernah jumpa yg formula matte ni lagi. One swipe of Colourpop matte lipstick, and then BAAMM i’m sold ! masa tu obsess sangat sampai beli 13-14 batang lipstick sekaligus wehh.

Fast forward to now, aku masih suka lipstick colourpop.. but not like reaaaally in loveee macam masa mula2 aku discover lipstick matte dia.

Tapi guys,

aku jumpa produk lain dari Colourpop yg lagi best & bagi aku kualitinya juga setanding high-end brand

.

1. Colourpop Super Shock Shadow

colourpop super shock shadow

Tak silap aku brand colourpop mula naik pun disebabkan formula Super Shock Shadow nya yang viral. Eyeshadow yang korang biasa jumpa adalah pressed powder kan? tapi colourpop dengan formulanya tersendiri menghasilkan creme-powder eyeshadow yang sangat awesome ~ dengan tekstur yang bouncy.. ya allah bestnya bila tekan2 dia macam melantun-lantun gituhh. Yang penting color dia pekat & pigmented. Tak sendu okay.

Untuk colourpop Super Shock shadow ni aku suka yang shimmer je. Tak silap ada 4 jenis, matte, satin, metallic & glitter. Untuk shimmer, metallic & glitter paling best pakai one swipe je dah nampak cantik. formula matte dia mehh.. susah nak blend. aku bagi can la cuba jugak several times tapi still tak suka. Satin aku tak pernah cuba, so no komen.

.

2. Colourpop Brushes

colourpop brushes

i dont know why but colourpop brushes are sooo underrated. kenapa takde sape rave pasal brush colourpop?

Kenapa??! 

Selain brand Sigma, Brush yg mesti aku guna setiap kali makeup adalah colourpop small duo fiber face brush untuk blusher & bronzer serta colourpop tapered face brush yang bagi aku perfect untuk concealer/ powder.

Brush faveret aku dari brand ni adalah Angled Eye Brush. Masa tu aku dalam misi mencari eyebrow brush yang betul betul halus & precise untuk buat kening dan aku pun beli brush ni. Expectation aku tak tinggi mana sebab brand murah kan.. tapi bila aku pakai…

WOII !! asal on point sangat kening aku harini??

Untuk sesiapa yg nak mencari Dupe untuk anastasia brush 12, boleh try colourpop angled eye brush. Lebih murah dengan result penggunaan yg sama. Bezanya angled eye brush ni bukan dual brush (takde brush kening) & anastasia brush 12 kecik sikit je dari colourpop. Tapi uols high end user tu expectation jangan la tinggi sangat. Mana tau korang kan dah biasa guna barang mahal sekali aku hype lebih kat sini, kena maki je kalau korang tak berkenan. For me atleast it’s worth the price and very much comparable to anastasia one.

This colourpop angled eye brush + dipbrow pomade issa perfect combo

.

3. Colourpop BFF Mascara

colourpop bff mascara
Colourpop BFF Mascara

BFF Mascara ni produk baru dari Colourpop. Dia baru je launch awal tahun ni dan kecoh dikalangan para makeup lovers sebab color mascaranya yang berwarna warni. Walaupun aku tau aku tak kan guna color lain selain hitam… but i still love it!!

Ramai gila hype sampai aku terasa nak cuba okay. Buat pengetahuan, mascara faveret aku adalah dari brand Too Faced Better Than Sex mascara. that’s like my holy grail no brand can top that. Aku yang skeptikal pun decide untuk cuba colourpop punya sebab banyak review cakap boleh challenge Too faced mascara

and sis… i am shooooooketh !! aku pakai sebelah mata Too faced, sebelah mata Colourpop dan aku tak nampak beza wehh..  bulu mata sama panjang, sama lentik, sama lenggok. keajaiban apakah ini?

Colourpop boleh dikatakan berjaya dengan formulanya dgn harga yang separuh lebih murah dari Too faced mascara. and yes it’s definitely a Dupe untuk sesiapa yg mencari alternatif lebih murah
(But i still like my too faced pink packaging more 😙)

Setakat ni, tu sahaja produk yang aku sangat2 suka dan recommend untuk korang try dari brand colourpop. Kebetulan pulak Colourpop tengah ada Sale 20% off untuk semua produk ni bagi sesiapa yang nak mencuba.

colourpop
20% Off untuk semua produk kecuali New Releases

Colourpop eyeshadow, lipstick, brushes, mascara semua On Sale. aku baru dapat email ni semalam. Tak pasti Sale dia sampai bila. So kalau korang nak cepat2 grab sebelum tamat Sale. Minimum order 50 dollar utk dapat free shipping ke Malaysia. Boleh share order dgn kawan2, jiran sebelah, adik kakak untuk jimat kos shipping. Untuk dapatkan $5 dollar (RM20) discount boleh guna link ini ➡ Colourpop $5 Off

Selamat Bershopping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *